starting blog
Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang terserempak dengan blog ini. Blog ini bukannya untuk mendapatkan pengikut tetapi ia adalah satu diari yang dimuatkan di dalam satu blog. Segala yang ada dikongsi semuanya. PHOTO DIA.. Siapa dia ye.. Dia adalah kamu semua yang mengenali saya. Sesiapa yang terserempak dengan saya, akan tercetak satu gambar senyuman . Gambar yang dimuatkan di dalam blog ini adanya secara candid. Saya tak mengenali siapa individu di dalam gambar saya. Kalau ada kita kenal siapa si dia, harap tegur. Blog ini juga mengungkap kenangan saya bersama sahabat lama yang berjuang menuju ke puncak. Satu penghargaan buat mereka semua dan kalau rasa rindu dengan zaman sekolah atau universiti, jenguklah ke blog ini.Anda akan tersenyum melihat setiap gambar yang dipaparkan. Blog ini merupakan satu penghargaan kepada sesiapa yang mendekati saya. Tanpa sahabat, mungkin saya akan tengelam seorang diri dan duduk di dalam gelap tanpa bunyi.
Comments
Post a Comment