Kuasa Allah s.w.t tiada tandingan. Diberinya alam dan keindahan ciptaannya untuk ku ambil dijadikan karya seni. Thanks Allah s.w.t kerana kau menurunkan segalanya untuk aku. Aku sedar aku tidak mempunyai kebolehan seperti orang lain. Aku memang lemah dalam pembelajaran yang memerlukan teori tetapi kau berikan aku kemahiran secara praktik. Hati bertambah sejuk apabila gambar yang aku tangkap mengetengahkan ciptaan Allah s.w.t . Cahaya itu yang aku kejari selama ini. Mungkin suatu hari nanti tanganku boleh mencapai cahaya itu dan berkarya kerana Allah s.w.t . Mata yang dipinjamkan olehNya akan aku gunakan untuk menangkap seberapa banyak gambar yang lahir daripada kelipan mata.
- Get link
- X
- Other Apps
Labels
Comments
Post a Comment